Saturday, January 31, 2009

HIDUP UNTUK BERUBAH

Sehingga saat ini aku belum introduce blog ni kat sapa-sapa pun, kecuali 'sahabat baru' aku yang aku temui di sini. Biarlah dulu. Buat sementara, kalau ada sesiapa terjumpa, aku ucapkan 'selamat terjumpa dan terbaca la'. Aku sendiri belum bercadang nak menghebahkan blog ini. Bukan apa, takut nanti 'dum dam dum dam' canang sana sini, lepas tu bila kawan rakan pakat jenguk, aku pula sekejap ada sekejap tak ada. Sekejap update, sekejap tidak. Aku ni bukan boleh harap sangat...

Jadi untuk waktu ini memadailah aku tulis sendiri dan baca sendiri. Macam orang perempuan la jugak, sendiri make-up, sendiri tengok cermin, sendiri puji... Tapi aku bab puji tu tak masuk buku yek. Aku bukannya orang politik yang merasa dirinya saja yang baik dan betul.

Kalau ada yang bertanya kenapa aku dah lama berhenti berkarya, jawapannya ialah kerana aku rasa setiap sesuatu harus ada koma dan titiknya. Apatah lagi kalau sesuatu itu sudah cukup panjang dan lama. Bayangkanlah sebuah novel yang ayatnya tidak berkoma dan bertitik. Kalau nak dibaca sampai habis novel macam tu, mau senget tulang dagu.

Dan kerana takut tulang dagu sengetlah hari tu, aku buat keputusan untuk meletakkan koma sekejap. Saja bagi peluang kat diri sendiri untuk bermuhasabah sikit.

Sekarang aku menulis semula, tetapi di medan yang berbeza. Cara aku pun mungkin berbeza dari dulu-dulu. Kalau sesekali tulisan aku bunyinya macam orang bersyarah atau berceramah, redha-redhakan la. Ada sebabnya aku jadi macam tu. Nak buat macam mana. Kita hidup ni untuk berubah. Dunia pun sentiasa berubah. Serba serbinya dah tak sama macam dulu.

Satu-satunya yang aku tengok masih kekal sama cuma satu; perempuan tetap merupakan makhluk yang cantik dan indah!

Friday, January 30, 2009

AKHIRNYA...

Lama sangat dah aku dok berangan nak buat blog sendiri. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan.

Sejak dah tak berkarya di GG, gian nak menulis tu memang tak terkata. Mengalahkan gian kelkatu pada lampu. Tapi apa nak kata, aku tak ada masa.

Ke manakah masa aku pergi? Susah nak jawab la. Stephen Hawking pun gerenti tak dapat menjawabnya. Kalau ke mana awek pergi tu, tahu la aku. Sambil pejam mata pun aku boleh teka ke mana dia menghala. Tapi, kena tengok jenis awek juga la...hehe...

Masa juga tak sama macam awek. Sekali ia pergi, sampai bila pun tak mungkin boleh diganti. Tapi dalam satu konteks lain pula, bagi aku, kedua-duanya mempunyai persamaan. Aku tak boleh hidup kalau tak ada masa, dan aku juga tak boleh hidup kalau tak ada awek. Bagi aku juga, masa dan awek mempunyai pertautan yang rapat. Lagi banyak masa, lagi banyak peluang untuk dapat banyak awek.

Tetapi itu tak bermakna kalau tak ada masa, aku tak ada awek...

Dan aku tahu, ramai lagi yang di luar sana yang sama macam aku...