Friday, January 30, 2009

AKHIRNYA...

Lama sangat dah aku dok berangan nak buat blog sendiri. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan.

Sejak dah tak berkarya di GG, gian nak menulis tu memang tak terkata. Mengalahkan gian kelkatu pada lampu. Tapi apa nak kata, aku tak ada masa.

Ke manakah masa aku pergi? Susah nak jawab la. Stephen Hawking pun gerenti tak dapat menjawabnya. Kalau ke mana awek pergi tu, tahu la aku. Sambil pejam mata pun aku boleh teka ke mana dia menghala. Tapi, kena tengok jenis awek juga la...hehe...

Masa juga tak sama macam awek. Sekali ia pergi, sampai bila pun tak mungkin boleh diganti. Tapi dalam satu konteks lain pula, bagi aku, kedua-duanya mempunyai persamaan. Aku tak boleh hidup kalau tak ada masa, dan aku juga tak boleh hidup kalau tak ada awek. Bagi aku juga, masa dan awek mempunyai pertautan yang rapat. Lagi banyak masa, lagi banyak peluang untuk dapat banyak awek.

Tetapi itu tak bermakna kalau tak ada masa, aku tak ada awek...

Dan aku tahu, ramai lagi yang di luar sana yang sama macam aku...

7 comments:

  1. Bravo Matt Romeo. Aku antara peminat yang menyimpan koleksi novel hang sejak dari waktu aku dibangku sekolah lagi. Start beli Novel sulung hang berjudul Joget Cinta Pertama sewaktu aku di tingkatan 4 (1994). Sejak dari itu memang terus sangkut dengan karya hasil tulisan hang.

    P/S: Aku percaya ramai orang kat luar sana masih ternanti-nantikan hasil karya hang. Dengar kata hang dah bersara. Tapi rasanya tak salah untuk terus menulis walaupun dah menjangkau usia persaraan. Lagipun orang berkarya mana ada bersara.

    ReplyDelete
  2. Yelah..mmg giler best punya r novel mattromeo..gian giler r nak baca next novel mattromeo..tolong la jangan bersara lagi..please..baca novel2 tu smpai ngigau2..banyak sgt gelak r...

    ReplyDelete
  3. salam mattttt..

    saya peminat setia bg matt sejak saya bace gila-gila lagi... juz nak tanye

    [1] kat mane lg saye leh dapatkan novel Matt romeo yg laen, especially joget cinta pertama... saya desperate sangat nak novel tu...

    [2] joget cinta kedua yg dalam gila-gila tu x dinovelkan ke????

    ReplyDelete
  4. aduiiii...manakah hilang nya mattromeo yg aku kenali dulu..dlm buku je la...btl ckp dato k.eh,abg k ckp.org bekarya mana bleh pencen...aku ketagih nie........semua koleksi aku dh ada.nk tambah yg baru...ibarat sesetengah lelaki,walaupn dh cukup tapi,tetap mahu tambah...hehehe

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. saya sempat baca novel anak dara menteri 1.dulu..dh sgt lama hehehe.erm kat mana sy leh dpt kan novel encik matt romeo yang lain...

    ReplyDelete