Saturday, January 31, 2009

HIDUP UNTUK BERUBAH

Sehingga saat ini aku belum introduce blog ni kat sapa-sapa pun, kecuali 'sahabat baru' aku yang aku temui di sini. Biarlah dulu. Buat sementara, kalau ada sesiapa terjumpa, aku ucapkan 'selamat terjumpa dan terbaca la'. Aku sendiri belum bercadang nak menghebahkan blog ini. Bukan apa, takut nanti 'dum dam dum dam' canang sana sini, lepas tu bila kawan rakan pakat jenguk, aku pula sekejap ada sekejap tak ada. Sekejap update, sekejap tidak. Aku ni bukan boleh harap sangat...

Jadi untuk waktu ini memadailah aku tulis sendiri dan baca sendiri. Macam orang perempuan la jugak, sendiri make-up, sendiri tengok cermin, sendiri puji... Tapi aku bab puji tu tak masuk buku yek. Aku bukannya orang politik yang merasa dirinya saja yang baik dan betul.

Kalau ada yang bertanya kenapa aku dah lama berhenti berkarya, jawapannya ialah kerana aku rasa setiap sesuatu harus ada koma dan titiknya. Apatah lagi kalau sesuatu itu sudah cukup panjang dan lama. Bayangkanlah sebuah novel yang ayatnya tidak berkoma dan bertitik. Kalau nak dibaca sampai habis novel macam tu, mau senget tulang dagu.

Dan kerana takut tulang dagu sengetlah hari tu, aku buat keputusan untuk meletakkan koma sekejap. Saja bagi peluang kat diri sendiri untuk bermuhasabah sikit.

Sekarang aku menulis semula, tetapi di medan yang berbeza. Cara aku pun mungkin berbeza dari dulu-dulu. Kalau sesekali tulisan aku bunyinya macam orang bersyarah atau berceramah, redha-redhakan la. Ada sebabnya aku jadi macam tu. Nak buat macam mana. Kita hidup ni untuk berubah. Dunia pun sentiasa berubah. Serba serbinya dah tak sama macam dulu.

Satu-satunya yang aku tengok masih kekal sama cuma satu; perempuan tetap merupakan makhluk yang cantik dan indah!

8 comments:

  1. betul...perempuan memang cantik dan indah...dan menyusahkan!

    ReplyDelete
  2. betulll..."biar muka cantik tapi perangai x senonoh pn x per.sbb perangai boleh di bentuk..tapi kalo muka mcm cekodok basi,perangai sopan susah jugah hati nie..walau pn dah sepuluh kali pembedahan pn belum tentu membuat kn hati jd senang..."ingat x ayat nie.dlm novel yg mana yek...hehehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam..bila Mattromeo hendak menulis lagi...?

    ReplyDelete
  5. ade sekali tu jumpe boy pj dan nuds sedang melukis di taiping mall..katenye matt romeo dah join pembangkang sebagai kolumnis (ade aku kesah)...rindu sangat gaya penulisan abang matt

    ReplyDelete
  6. penangan joget cinta pertama..memule jenguk macam takde ape jer .selak kulit depan sampai ke m/s 1 macam selak kulit biawak jer.. dah jenis bukan kaki novella.dari jam 10 malam .layan jap dari memula haslinda menakik kepala matt romeo yg buat lawak bangang sedar sedar2 dah kul 5 pagi..esok memang tak sekolah...nenek bangun banyak kali tengok sawan ke cucu aku ni ketawa tengah2 malam baca buku...hahaha..pengalaman pertama baca karya mat romeo then terus addict...

    ReplyDelete