Tuesday, February 3, 2009

BUKAN SENANG...MEMANG SUSAH...

Sebenarnya aku pernah bercadang nak bersara daripada menulis. Nak gantung keyboard. Dan itu antara sebahagian sebab kenapa aku menghilang sekejap hari tu.

Tetapi rupa-rupanya ia tak semudah yang disangka. Bila nampak keyboard, monitor, mouse, beg laptop, malah bila tengok power cable pun, aku mula nak demam tak demam. Sama macam kaki gian tengok daun ketum.

Ya, susah benar rupanya hendak berhenti daripada melakukan sesuatu yang kita suka. Patutlah orang perempuan tak boleh nak stop make-up. Demam ke, lumpuh ke, tengah meroyan ke, dia orang tetap nak solek juga. Tak dapat banyak, dapat calit bedak dua tiga baris pun jadi la.

Begitu juga dengan perokok. Bukan sedikit yang bung-bang-bung-bang bercakap di sana-sini kata nak berhenti, tapi last-last sampai time menghembuskan nafas terakhir pun asap rokok masih meliuk-liuk keluar dari hidung.

Ber'awek-awek'kan pun macam tu juga. Susah rupanya nak berhenti. Baru niat 'nak' aje, seluruh alam semesta ni serta-merta akan terasa sunyi sepi. Lepas tu mula la terasa macam nak pengsan dan nak mati.

Lantaklah. Nak pengsan ka, nak mati ka, aku tetap akan berhenti. Malah aku dah pun berhenti. Aku tak mau ber'awek-awek' dah. Aku nak jadi orang baik.

'Tapi, kalau baik sangat nanti ramai orang berkenan... ramai yang nak buat menantu...berebut yang nak buat laki,' begitu kata hatiku kepada diriku.

Dan kata-kata itu yang sering menyebabkan aku keliru...

Monday, February 2, 2009

HAKIKAT HIDUP


Kalau ada sesiapa kenal 'minah' kat atas tu, tolong jangan bagitau dia yang aku copy paste gambar-gambarnya kat sini. Niat aku baik. Aku cuma nak kita sama-sama renungkan salah satu perkara yang menjadi hakikat dalam hidup ini...hakikat bahawa biar sehalus sabun dan selicin epal pun kulit kita, namun bila tiba masanya, 'roti canai' tetap bertepek di muka...

aku: teringat Zakiah... teringat Jacynthia. 'Besar' mana agaknya mereka sekarang?