Sebenarnya aku pernah bercadang nak bersara daripada menulis. Nak gantung keyboard. Dan itu antara sebahagian sebab kenapa aku menghilang sekejap hari tu.
Tetapi rupa-rupanya ia tak semudah yang disangka. Bila nampak keyboard, monitor, mouse, beg laptop, malah bila tengok power cable pun, aku mula nak demam tak demam. Sama macam kaki gian tengok daun ketum.
Ya, susah benar rupanya hendak berhenti daripada melakukan sesuatu yang kita suka. Patutlah orang perempuan tak boleh nak stop make-up. Demam ke, lumpuh ke, tengah meroyan ke, dia orang tetap nak solek juga. Tak dapat banyak, dapat calit bedak dua tiga baris pun jadi la.
Begitu juga dengan perokok. Bukan sedikit yang bung-bang-bung-bang bercakap di sana-sini kata nak berhenti, tapi last-last sampai time menghembuskan nafas terakhir pun asap rokok masih meliuk-liuk keluar dari hidung.
Ber'awek-awek'kan pun macam tu juga. Susah rupanya nak berhenti. Baru niat 'nak' aje, seluruh alam semesta ni serta-merta akan terasa sunyi sepi. Lepas tu mula la terasa macam nak pengsan dan nak mati.
Lantaklah. Nak pengsan ka, nak mati ka, aku tetap akan berhenti. Malah aku dah pun berhenti. Aku tak mau ber'awek-awek' dah. Aku nak jadi orang baik.
'Tapi, kalau baik sangat nanti ramai orang berkenan... ramai yang nak buat menantu...berebut yang nak buat laki,' begitu kata hatiku kepada diriku.
Dan kata-kata itu yang sering menyebabkan aku keliru...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Mattromeo,
ReplyDeletethanks melawat blog saya yg juga tidak saya wartakan pada kwn2...sape jumpa dia baca takper la...
Mattromeo ni yg tulis novel Anak Dara Menteri 1, 2 & 3 ke...?semer novel tu saya dah baca n sgt enjoy dan saya suka gaya penulisan Saudara Matt. bukan baca jer tau saya beli...ada bnyk koleksi novel2 saya.
salam saudara Matt Romeo...,Akhirnya bersua juga di alam siber....Terima kasih kerana membuka blog saya dan menghantar komen....Saya setuju dengan komen tersebut....Mulanya saya tak percaya yg saudara Matt Romeo menghantar komen itu....Tetapi setelah membaca blog saudara, saya pasti ini adalah Matt Romeo....Unsur humor yg terdapat di blog saudara meyakinkan saya yg blog ini milik Matt Romeo....Humor tetapi penuh makna....Teruskan berkarya saudara....Jangan biarkan peminat2 saudara tertanya2 dan tercari2 ke mana dan di mana Matt Romeo....Jika sudi, saya mempelawa saudara untuk jadi follower blog saya....(",)
ReplyDeleteSalam, mana menghilang beb? Kalau hang tak buaya tak mattromeo lahh!!! hee..he..
ReplyDeleteSalam Matt.Semua novel kau dari Joget Cinta Pertama hingga Anak Dara Menteri aku beli .Aku jadi ketagih nak baca karya kau lagi. Aku ibarat orang mengidam nikotin tapi diberi gula-gula , tak lepas gian beb !. Sila berkarya lagi walau di medium mana pun.
ReplyDeletematt romeo real ke ni? betol ke ni yg real? mcm tak caye lak,,,dah masuk 3 taun dah tak kuar novel,bila nak wat novel? bila...bila bila....
ReplyDeleteassalamualaikum matt...
ReplyDeletekamek (saya) rasa kitak (awak) perlu meneruskan penulisan kitak bagi tidak menghampakan rmaai peminat saudara. kemek sendiri mengaku yg kamek juak meminati gaya penulisan saudara. teruskan menulis dan berkarya. kamek akan sentiasa menyokong kitak.
kamek sentiasa mengikuti perkembangan kitak dari GG, website mattromeo.. diharap saudara terus menghantar kerya ke GG sebab nama kitak memang sinonim dengan GG.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteBravo Matt Romeo. Aku antara peminat yang menyimpan koleksi novel hang sejak dari waktu aku dibangku sekolah lagi. Start beli Novel sulung hang berjudul Joget Cinta Pertama sewaktu aku di tingkatan 4 (1994). Sejak dari itu memang terus sangkut dengan karya hasil tulisan hang.
P/S: Aku percaya ramai orang kat luar sana masih ternanti-nantikan hasil karya hang. Dengar kata hang dah bersara. Tapi rasanya tak salah untuk terus menulis walaupun dah menjangkau usia persaraan. Lagipun orang berkarya mana ada bersara. Serius cakap karya hang memang tak menjemukan.
Assallamualaikum.... Apa habaq abg Mat.. Aku adalah salah sorang peminat setia novel2 tulisan Matt Romeo... Kat sebelah PC aku nih pun tersusun indah novel2 seperti Anak dara menteri satu sampai tiga, bohsia, madu impian, keranamu ainon dan memacam lg... Novel terakhir aku beli ialah Anak Dara Menteri tiga tu dan sampailah sekarang aku tak pernah lg beli novel sbb dah tak jumpa tulisan Matt Romeo. Berkaryalah semula.. kalau tak terbit buku pun, buatlah dalam bentuk E-Book... Aku percaya ramai peminat2 yang sanggup keluarkan wang demi untuk membaca novel tulisan Matt Romeo.
ReplyDeleteAsyik mengulang baca novel2 lama ja nih sampaikan kengkadang tulis blog pun terikut2 cara Matt Romeo... Nasib baek aku bukanlah seromeo Matt Romeo...
matt romeo nih sebenarnya ramai peminat dan juga pengikut, tapi diri sendiri plak yg banyak urusan.... aku rasa bro matt nih akan berjaya dalam dunia penulisan kalau aktif mengeluarkan novel dan meneruskan tulisan di blog.
ReplyDeletelaaaa..dah lesap balik ke bang?
ReplyDeleteok...nk benti tulis novel...bentilah...tapi jgn benti tulis blog...pelissssss
ReplyDeletelovees ur writing la bang matt.....nway...saya awek...haha
matt romeo...
ReplyDeletebila nak update your blog?
mat romeo..masuk la aku punya blog..pastu add la as a friend
ReplyDeletematt kalau kau baca komen aku ni tolong la aktif menulis novel balik
ReplyDeleteaku rindu tulisan lawak kau tu...sungguh
aku dah baca novel kau sejak zaman joget cinta pertama lagi...sampailah anak dara menteri 3
yang aku tak pernah baca cuma awek dan jantan romeo je
selamat berpuasa matt!
santai...kritis...sinis...hehehe
ReplyDeletehaku suka gaya penulisan ini...
die dah ilang balik......
ReplyDeleteSalam bro Matt...
ReplyDeleteAku bukan kaki novel.. aku tak suka baca buku... buku tak ada bibir, tak ada lekuk sana sini... (Pinjam ayat MAtt Romeo)
Tapi bila baca novel saudara... aduihhh... tak boleh tahan maa... memang menggelikan hati dan sarat dengan humor jenaka...Akibatnya... aku dah terbeli semua koleksi Novel saudara dan masih ternanti-nanti novel terbaru saudara...
Sayang seribu kali sayang kalau saudara berhenti menulis. Saya percaya diluar sana masih ramai menanti-nanti produk seterusnya dari saudara.
Ayat perenggan kedua posting saudara tu mengingatkan saya dengan Kak Shima... Pelacur misteri dari Penang yang 'tolong' kemaskan bilik saudara tuh... wakaka...
joget cinta pertama aku baca time aku tingkatan 3(1996).nasib baik x jadi romeo dkt sekolah.hehe bagi kawan pinjam hilanggg....haaa tahun lepas baru aku dapat cari.2nd punyer..lepas la rindu...
ReplyDeleteTerbaik..
ReplyDeletebro...sudah bertahun lu hilang..pls updd ur blog..
ReplyDeletemacam mana nk beli koleksi buku matt romeo?dulu baca buku matt romeo kt library u tak abis ehehehe
ReplyDelete3 tahun menghilang..dewasa dengan ayat2 saudara matt romeo
ReplyDeleteMasih menantikan update dari Matt Romeo.
ReplyDeleteteringinnyer nk bace sbb sy bukan pembaca novel tp dek kerana komen yg mngatakan besh novel2 Mat Romeo ni..sy nk belilahhhhhhhhhh
ReplyDeleteabg matt..
ReplyDeletewhere are you????
Salam, sy berminat untuk membeli novel joget cinta pertama... ada x sesiapa tahu di mana sy dpt beli atau ada sesiapa yg hendak jualkan pada sy, bole hubungi sy di abcmediaexpert@yahoo.com
ReplyDeleteSy teringin nk baca novel tu sb ramai yg ckp best...
Matt Romeo ni masih hidup lagi ke? Jikalau iya, wow..... mungkin usianya dalam 60 tahun?
ReplyDeleteKami mahukan novel lagi dari hang!!!! Sila keluarkan karya terulung! Rindu bakkkkk hanggggg... We want more! We want more! We want more! *sambil mengangkat sepanduk dengan ketiak yang basah*
ReplyDeletemenurut 1 sumber yg boleh dipercayai nama Matt Romeo adalah hakcipta terpelihara CESB..so kalau nak berkarya jugak nama Matt Romeo tak boleh digunakan kalau the real Matt Romeo telah berada diluar CESB... same gak kes dengan kak Minahleter dan ade yang cakap Adi Alhadi adalah Minahleter ...so masih menunggu hasil siasatan detective conan dan the sleeping kogoro maori...
ReplyDeleteAku da buku jntan romeo..anak dra mentri dan bohsia..lain2 nk cri ssh.. Mana nk dpt semua novel abg matt romeo..sgt2 rindu nk baca.
ReplyDelete